Anda Pengunjung ke

SEDEKAH

بسم الله الرحمن الرحيم

Perkongsian dari Ustaz Ebit Lew di fb nya.

Seorang sahabat fb. Anaknya sakit yang amat merisaukan. Dia kata, Allah ingatkan dia dengan sebuah kisah di fb ini yang pernah saya cerita...
Dia cepat-cepat minta suaminya beri sedikit duit kepada ibubapanya yang tinggal dekat dengannya..
Allah beri anaknya sihat segera..Dia bersyukur pada Allah..dia syukur dapat melihat bantuan ghaib Allah..pasti ada kebaikan di sebalik sesuatu..kita berusaha bawa ke hospital dalam masa yang sama kita segerakan segala kebaikan. Dan hati kita bergantung pada Allah.
Dalam hadis menceritakan betapa utamanya segerakan zakat dan sedekah. Sedekah kepada keluarga dan saudara mara diberikan Allah pahala yang besar.
Sedekah pada saudara mara dan ahli keluarga membuat hati keluarga rasa kasih sayang. Merapatkan silaturrahim. Seronok bila dapat memberi sesuatu kepada ibubapa, isteri dan keluarga kerana Allah..
Mencari segera perintah Allah dalam keadaan senang dan susah ialah kenikmatan mengatasi segalanya...itulah bahagia sebenarnya...dunia boleh berubah. Musibah akan menimpa. Pujian dan kejian datang. Dimuliakan dan dihinakan dalam hidup. Kekayaan dan kemiskinan. Kesihatan dan kesakitan. Tapi orang yang mengenal Allah ialah mereka yang menjadikan semua ini sebab semakin hampir pada Allah.
Kata Anas b Nadr ra ketika di uhud dan musuh datang. Aku terbau syurga dari jabal Uhud dari musuh yang datang. Sahabat yang ditombak semasa ingin membacakan surat Nabi saw di depannya. Dia ditombak. Tapi katanya "sesungguhnya aku telah berjaya"-  credit toUstaz Ebit Lew

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terima Kasih Sudi Baca,Semoga Bermanfaat ! :)