Anda Pengunjung ke

Azam Setiap Hari !

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW.

Hari ini 31.12.2012...lagi beberapa jam akan masuklah tahun baru 2013.Azam baru pasti ada.Tapi, untuk aku ,azam baru setiap tahun baru  tu lebih kepada sebuah perancangan dan azam untuk kemajuan tak kiralah dari segi kerja,kewangan dan sebagainya.Azam dari segi ukhrawi aku tidak meletakkan sebagai azam pada tahun baru tetapi pada setiap hari. Keazaman untuk perbaiki diri, untuk akhirat,untuk agama dan yang paling penting untuk ALLAH adalah hari2 .Hari-hari kita kene berazam,setiap hari,setiap masa dan ketika.Azam utk mencari keredhaan ALLAH tiada istilah pada "azam tahun baru"tetapi ia dalam zon setiap hari "kene berazam". Kene cari ruang dan peluang untuk perbaiki diri.iman dan amal.Peluang sebenarnya ada tetapi bila hati tidak mahu dan tidak bersungguh2 ruang untuk berubah menjadi sempit sedangkan ia terbentang apabila hati mahu perubahan.Ruang yang di maksudkan tu bukanlah ruang di dalam rumah,di dalam bilik tetapi ruang hati yang dahagakan perubahan.Istigfar adalah pembuka jalan,penghapus dosa,penengang jiwa.Apabila beristigfar ruang di jiwa yang sempit itu mula terbuka,hati lapang yang penting dengan kesungguhan dan keikhlasan.Setiap hari fikir bagaimana untuk memperbaiki diri iman dan amal.Risau akan nasib di akhirat nanti.Fikir itu penting dalam perbaiki diri dan orang lain.Sebab tu kita kene ubah cara kita berfikir dengan mendalami ilmu,mencari ilmu.Ilmu yang di maksdukan adalah Ilmu Agama.Aku sangant mengakui bahawa ilmu agama adalah kebahagiaan,bukan aku sahaja yang cakap dan merasainya bahkan aku dengar sendiri dari seorang ustazah sekligus penulis dan pendakwah beliau menyatakan ilmu sebenarnya membahagiakan.Dengan Ilmu hati jadi lapang,kerana dengan ilmu hidup kita terpandu atau di pandu...erkk..betul ke ayat aku ni...=.="

  Setiap hari juga perlu berazam untukjaga amal dan meningkatkan amalan.Bukan nak suruh buat amalan banyak2 tetapi buat suatu amalan tu biarlah  istiqamah kemudian bila dan istiqamah dengan suatu amalan tu tambah pula dengan amalan yang lain.Amalan yang sedikit itu kalau berterusan lebih baik dari amalan yang banyak tetapi tak istiqamah....so,marilah kita sama2 usaha untuk perbaiki amalan2 yang terkurang di samping menjaga amalan agar hati benar2 ikhlas beramal.

Dalam melayari kehidupan pada tahun 2012 ni bermacam suka dan duka yang aku tempuh...ada suka,duka,tawa dan tangis. normally..semua org mungkin laluinya juga cuma keadaan apa yang mebuatkan kita happy,menangis itu berbeza kerana ALLAH beri ujian pada setiap org mmg tak sama...ada org begitu,ada oarng begini pula ujianya...tapi keadaan apa sekalipun susah atau senang semua dalam zon ujian dan nikmat.Kita kene sangka baik pada ALLAH.

Semalam aku ada dengar kuliyah dari seorang usatzah,beliau menyatakan untuk kecantikkan hatidan muka kita harus menerima denga redha apa sahaja dugaan atau ujian yang allah beri.kerana apa yg ALLAH beri itu semunya terkandung hikmah  dan apabila kita redha dgn ujian kita tak akan rasa stess.Bila kita tak stress wajah kita pun turut nampak kesanya .Masih ligat di fikiran aku ustazah itu bercerita tentang pengalamanya mendengar ceramah dari seorang ustaz dari indonesia.Ustaz itu menceritakan ada seorang ibu dia sedang asyik menyulam sedang anaknya bermain2...ibunya terus menyulam dan menyulam....tetapi anak itu sedang dia bermain perhatiannya pada si ibu.Dia melihat ibunya asyik menyulam.Anak itu datang kepada ibunya dan tanya "ibu tengah buat apa ni?sambil tangan anaknya mengangkat sulaman dan melihat serabutnya benang2 di bawah sulaman tu..Lalu ibu itu berkata"tak pe lah nak  ibu buat kerja ibu kamu pergilah bermain.kerja kamu bermain."  kata si ibu...Lalu anak itu pun bermain,apabila anak itu letih datang semula anak itu pada si ibunya dan betanyal lagi.." ibu buat apa tu..lamanya...kenapa nampak buruk sangat ni Ibu."?..si anak melihat benang di bawah sulaman tu...lalu ibu menjawab" pergilah brmain."....lalu si anak itu pergi bermain semula............
Selepas itu ibunya memanggil anaknya....ibunya tunjuk hasil dari sulaman tadi kepada anaknya...ibunya tunjuk di bahgian atas sulaman...tetiba anakya terpegun melihat betapa cantiknya sulaman ibunya..ada rumah ada burung,bunga dan sebagainya...anak itu berkata "cantiknya.tapi kenapa tadi adik tgk tak cantik?kata anak itu kepada ibunya.Ibu kata."anak...tadi kamu tgk dari bawah...yang ini kamu tgk dari atas.agak2..apakah yang anda boleh simpulkan dari kisah ni?
      Apa yang aku nak buat kesimpulan kat sini begitulah kehidupan kita yang ALLAH aturkan untuk kita.Allah sedang sulam kehidupan kita.Kita nampak hidup kita susah,pelbagai dugaan datang,apa yang dirancang tak menjadi,dan macam2lah yang kita tak suka.Tapi di sebalik semua itu ada sesuatu yang ALLAH telah rancang dan nak beri pada kita..mungkin sebelum ALLAH nak bagi kebaikkan itu kita diliputi dgn pelbagai kesusahan dan di sebalik itu semua ada kekuatan yang ALLAH selitkan apabila kita sabar dan redha.Nilai tauhid itu penting dalam kehidupan kita untuk hadapi setiap keadaan.Allah yang beri manfaat dan mudharat.Allah maha berkuasa atas segala sesuatu,makhluk tiada kuasa apa2.Kerbergantungan hanya padaNYA dan dia sebaik2 penolong,perancang dan pelindung.Hanya ALLAH.

Tahun baru bakal menjelma,pasti ada yang ingin di ubah terutama sekali pada diri.Untuk melakukan perubahan nafsu perlu di kawal rapi.Nafsu itu amat berbahaya utk iman.Tapi bila iman kita kuat dan ampuh sudah pasti nafsu kalah dan lelah.Bukan mudah nak kawal nafsu andai benar2 mujahadah barulah mendapat kemanisan itu...so,marilah kita sama2 kawal nafsu kita agar kita tak jatuhkan diri kita dalam lembah kehinaan kerana orang yang menurut hawa nafsunya dia telah jatuhkan dirinya dalam kehinaan.

Kesimpulan dari apa yang aku huraikan ini adalah pendapat aku sendiri sebagai hamba ALLAH yang lemah.Aku ingin memberitahu kalian bahawa azam untuk mencari keredhaan ALLAH perlu setiap hari,setiap masa, bukan menunggu tahun baru barulah nak berazam utuk berubah dan betulkan kesilapan juga kelemahan..Takut tak sempat..Apa pun kejarlah akhirat,dunia akan mengejar kita.Tabah dan sabar dalam menghadapi mehnah  kehidupan yang ALLAH beri kerana itu tanda kasih ALLAH pada kita.Ingat,kejayaan sebenar bukan dengan harta,pangkat,ijazah,rumah besar,kereta besar dan sebagainya.Kejayaan sebenar manusia hanya dalam Agama ALLAH tak kira lelaki ker,perempuan ker..sejauh mana ia dpat taat perintah ALLAH ikut sunnah Nabi SAW.Semoga ALLAH beri kalian faham untuk memahami kata2 ku.

Untuk penutup,aku mendoakan sesiapa yang terbaca apa yang coretkan ini semoga kalian sentiasa dalam rahmat dan hidayah ALLAH dan semoga ALLAH pilih kita termasuk aku untuk agama ALLAH.Menjadi asbab hidayah.InsyaALLAH.Marilah kita USAHA ATAS IMAN kita setiap hari.:) peace no war...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terima Kasih Sudi Baca,Semoga Bermanfaat ! :)