Anda Pengunjung ke

::.....Muzakarah 6 Sifat..::::

بسم الله الرحمن الرحيم
Kejayaan sebenar manusia hanya dalam agama sejauh mana ia dapat mentaati perintah ALLAH SWT dan Ikut Sunnah NABI SAW.Allah tidak meletakkan atau mengukur kejayaan manusia baik lelaki dan perempuan dengan harta,wang ringgit pangkat dan kedudukan.Allah menilai setiap hambanya dengan iman dan ketaqwaaan kepadanya.




Ulama’ kita telah gariskan , kejayaan Ummat ini dan Ummat akan datang adalah apabila mereka mengikut jejak para sahabat r.anhum kerana mereka di cintai Rasulullah saw.

“Apabila kamu ingin meniru, maka tirulah mereka yang telah mati (sahabat-sahabat ra) - Hadis

Sahabat ra dapat title Radiallahuanhum , yakni kehidupan mereka di dunia, ALLAH swt telah redha dengan kehidupan mereka di dunia & di akhirat.

Kita umat yang sama, macam mana mahu jalani kehidupan di dunia ini dengan dapat redha ALLAH swt, maka kita perlu ikut jejak para Sahabat ra.

“SahabatKu umpama bintang di langit, ikutilah mereka, nescaya kamu tidak akan sesat” – hadis

Jadi , Ulama’ telah gariskan beberapa perkara supaya kita dapat mengikuti jejak langkah mereka yang mulia.

Umumnya, Sahabat R.A ada 6 sifat yang mulia, iaitu :
  1. Mereka ada hakikat Yakin atas kalimah LA ILA HA ILLA ALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH
  2. Mereka ada hakikat Solat yang Khusyu’ dan Khudu’
  3. Mereka ada hakikat Ilmu dan Zikir
  4. Mereka ada hakikat Ikramul Muslimin
  5. Mereka ada hakikat Niat yang Ikhlas
  6. Mereka ada Hakikat Dakwah dan Tabligh ( Lapang Diri, masa dan harta , keluar di Jalan ALLAH swt)Jadi , ke enam-enam sifat inilah yang kita perlu usahakan dalam diri kita. Ulama’ kata, bilamana 6 perkara ini ada dalam diri kita , maka kita mudah menuju kepada kesempurnaan agama Insya-ALLAH.

Sekarang kita muzakarahkan, bagaimana ke enam-enam perkara ini dapat hadir dalam diri kita.
1.USAHA ATAS KALIMAH LA ILA HA ILLA ALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH
A.KALIMAH LA ILA HA ILLA ALLAH :

MAKSUD :

Maksud dari pada kalimah ini , adalah “meyakini hanyasanya Allah SWT sahaja yang berkuasa, makhluk langsung tiada kuasa”

CARA NAK DAPAT :
Jadi untuk dapat hakikat yakin pada ALLAH swt yang sempurna dalam hati, maka hari-hari kena banyak cakap kebesaran ALLAH swt. Nafikan kebesaran makhluk, masukkan kebesaran ALLAH swt dalam hati. Jumpa manusia, cakap kebesaran ALLAH swt, supaya kebesaran ALLAH swt akan masuk dalam hati, Insya-ALLAH.

KELEBIHAN :
Bila mana akhir kalam dapat ucap kalimah toyyibah ini, maka wajib syurga baginya InsyaALLAH. Iman sebesar zarah, ALLAH Ta’ala bagi syurga 10 kali luas dunia, Insya-ALLAH.
B.KALIMAH MUHAMMADUR RASULULLAH

MAKSUD :

Meyakini hanya dengan cara Nabi saw sahaja, bawa kejayaan pada kita, dunia dan akhirat.

Sunnah Nabi SAW terbahagi kepada 3 iaitu : 
  • Sunnah Surah- (Penampilan Nabi saw)
  • Sunnah Sirah- (Perjalanan Nabi saw)
  • Sunnah Sarirah- (Fikir Risau Nabi saw)

CARA NAK DAPAT :

I.Penampilan Nabi saw, umum mengerti macam mana penampilan Nabi saw. Jadi kita punya penampilan pun harus macam Nabi saw. (belajar-belajar Insya-ALLAH)
II.Perjalanan Nabi saw, Sunnah-sunnah Baginda saw dari Baginda saw bangun tidur sampai Baginda saw tidur balik. Kita pun harus buat perkara yang sama Insya-ALLAH.
III.Fikir Nabi saw, adalah fikir risau ummat-Nya, bagaimana setiap ummat-Nya, boleh selamat dari azab api neraka, masuk syurga ALLAH swt, Insya-ALLAH. Kita juga kena belajar-belajar fikir risau ummat Insya-ALLAH.

KELEBIHAN :

"Barangsiapa Mengikuti Sunnah Ku, Maka Dia Mencintai Ku, Barangsiapa MencintaiKu, Maka Dia Akan Bersama Ku Dalam Syurga" – Hadis
2.USAHA ATAS SOLAT YANG KHUSYU’ DAN KHUDU’

MAKSUD :
Membawa ketaatan dalam solat, ke luar solat (dalam solat kita merendahkan pandangan, di luar solat kita merendahkan pandangan. Dalam solat kita zikir, di luar solat kita zikir, dll)

Ulama’ kata, macam mana pembawakan kita dalam solat, macam itulah kita di luar solat. Dalam solat kita tawajjuh, luar solat pun kita akan tawajjuh, Insya-ALLAH, begitulah sebaliknya.

Solat yang paling tinggi mutunya, dapat tarik nusrah ALLAH swt secara tunai (macam mana kisah Saidina Ali karamALLAHuwajhah tiada makanan, maka kisar gandum telah berputar mengeluarkan gandum asbab solat Saidina Ali karamALLAHuwajhah tersebut) dan solat sekurang-kurangnya dapat cegah kita dari fasakh dan mungkar.

CARA NAK DAPAT :
Solat mengikut sunnah Nabi saw, iaitu berjemaah, di tempat azan di laungkan, di awal waktu.

KELEBIHAN :
Dengan jaga Solat, ALLAH swt akan beri 5 ganjaran :

I.Rezeki nya di permudahkan
II.Ditarik azab kubur
III.Mendapat buku catitan amal dengan tangan kanan
IV.Melintas titian sirat sepantas kilat
V.Masuk Syurga Tanpa Hisab
3.USAHA ATAS HAKIKAT ILMU DAN ZIKIR

MAKSUD :
Ilmu adalah mengetahui mana satu perintah ALLAH swt yang perlu diutamakan dalam satu-satu keadaan.

Contohnya ketika bekerja, tiba-tiba azan berkumandang, maka satu orang yang ada kefahaman ilmu, dia akan tinggalkan kerja, dan pergi kepada solat berjemaah. Inilah kefahaman ilmu yang sebenar. Hari ni banyak orang tahu agama. Tapi tak faham kehendak agama yang sebenar, hakikatnya.

Maksud ilmu juga, “Apa-apa yang dapat membantu kamu menjawab soalan kubur, itulah dikatakan ilmu.”

CARA NAK DAPAT :
Ilmu terbahagi kepada dua , ilmu fadha’il dan ilmu masa’il,
I.Ilmu Masa’il- kita boleh belajar dengan guru-guru yang mursyid. Ilmu masa’il maksud nya adalah ilmu mengenai hukum hakam sesuatu perkara.
II.Ilmu Fadha’il - adalah ilmu tentang kelebihan sesuatu amal. Ilmu fadha’il boleh kita perolehi dengan duduk dalam majlis taklim atau mendengar bacaan kitab Fadha’il Amal (di dalam majlis Ta’lim wa Ta’lum)

*Kita duduk dalam majlis taklim Fadha’il Amal, supaya kita sentiasa ada jazbah untuk mengamalkan sesuatu amal, Insya-ALLAH.

KELEBIHAN :
I.Satu orang yang berilmu lebih di takuti oleh syaitan, dari 1000 orang abid.
II.Tidur satu orang berilmu lebih ditakuti oleh syaitan dari seorang abid yang beribadah sepanjang-sepanjang malam.

MAKSUD :
Zikir pula ialah sentiasa meletakkan ALLAH swt di dalam hati setiap masa & ketika.
CARA HENDAK DAPAT :
Ulama’ telah beri panduan pada kita untuk amal zikir 300 pagi & 300 petang
1.Subhanallah (33) + Alhamdulillah (33) + ALLAHuakbar (34)
2.Lailahaillah anta subhanak inna kunna laminazollimin (100)
3.Astaghfirullahal‘azim (100)
KELEBIHAN :
Satu orang yang zikir hidup di sisi ALLAH swt, seseorang yang tidak berzikir maka mati di sisi ALLAH swt
4.USAHA ATAS IKRAM MUSLIMIN :
MAKSUD :
Menunaikan hak suadara (seIslam) kita, tanpa menuntut hak. Memuliakan mereka, kerana Iman yang ada dalam diri mereka.

Setiap orang Islam adalah mulia di sisi ALLAH swt, kerana Iman yang ada dalam diri mereka.

CARA NAK DAPAT :
I.Memuliakan Alim Ulama’
II.Menghormati Orang-orang Tua
III.Kasih Sayang Kanak-kanak

KELEBIHAN :
Menunaikan hak saudara seislam kita, ALLAH swt akan bagi kita 73 hasanah,
1 hasanah, ALLAH swt akan bagi di dunia (yang mana cukup untuk keperluan kita di dunia)
72 hasanah lagi, ALLAH swt akan bagi di akhirat kelak.
Satu orang yang membatalkan niat iktikaf, kerana pergi menunaikan hajat saudara dia, Maka ALLAH swt akan bagi dia 10 tahun pahala iktikaf yang di terima,
osatu malam ikitikaf, ALLAH swt jauhkan dia dari api neraka sejauh 3 parit.
oSatu parit, adalah sejauh jarak langit dan bumi.
5.USAHA ATAS NIAT YANG IKHLAS :

MAKSUD :
Melakukan perintah-perintah ALLAH swt, semata-semata kerana ALLAH swt.

CARA NAK DAPAT :
Kita harus selalu check niat kita, sebelum -> semasa -> sesudah beramal pastikan ikhlas semata-mata kerana ALLAH swt.

KELEBIHAN :
Niat yang ikhlas semata-mata kerana ALLAH swt, ALLAH swt akan lipat gandakan ganjaran amal. Sebagaimana satu orang Sahabat ra yang sedekahkan satu biji tamar, dan dia ikhlas kerana ALLAH swt, maka Nabi saw beritahu, dia punya pahala adalah sebesar Gunung Uhud.
6.USAHA ATAS DAKWAH DAN TABLIGH :

MAKSUD :
Membetulkan salah faham kita, bahawa diri dan harta kita bukan milik kita, tetapi ALLAH swt telah beli diri dan harta kita dengan syurga.

Jadi kita harus infakkan diri dan harta kita di jalan ALLAH swt kerana
I.Harta yang digunakan di jalan kebaikan ALLAH swt akan hisab
II.Harta yang digunakan di jalan kemungkaran ALLAH swt akan azab
III.Harta yang tidak akan di hisab atau di azab ialah digunakan di jalan ALLAH swt

CARA NAK DAPAT :
Bagi masa keluar di jalan ALLAH swt
Untuk usaha atas iman diri sendiri dan mengajak orang lain untuk usaha atas iman
Selama :
o1 Tahun (Ulama’ ‘Alim)
o4 bulan (Sekurang-kurangnya seumur hidup)
o40 hari (Setiap Tahun)
o10 - 3hari (Sebulan)
I.4 Bulan :
Ulama’ kita beritahu, apabila kita keluar jalan ALLAH swt selama 4 bulan. Maka ALLAH swt akan bagi roh agama.
Macam mana bayi dalam kandungan, 4 bulan sahaja, dia dapat roh/nyawa.
oSatu wanita di zaman Saidina Umar ra telah merindui suami nya yang keluar di jalan ALLAH swt yang sangat lama.
oMaka Saidina Umar ra telah tanya adik perempuannya, berapa lama wanita boleh bertahan sepeninggalan suaminya ke jalan ALLAH swt, maka adiknya telah bagi isyarat jari 3 atau 4.
oMaka Saidina Umar ra telah memendekkan tempoh sahabat ra keluar di jalan ALLAH swt kepada 4 bulan sahaja.

II.40 Hari :
Bila keluar 40 hari, maka kita akan dapat istiqomah dengan amal-amal yang kita buat masa 40 hari tersebut.
oSatu orang sahabat ra yang telah berada di satu tempat (kerana urusan keluar di jalan ALLAH swt) selama beberapa hari (hampir 40 hari)
oMaka Nabi saw beritahu, kenapa tidak dicukupkan 40 hari.

III.3-10 Hari :
Satu orang sahabat ra pernah keluar di jalan ALLAH swt selama 3 hari.

KELEBIHAN :

- Sepagi atau sepetang berada di jalan ALLAH swt, adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya.
- Debu-debu yang melekat pada orang yang keluar di jalan ALLAH swt, maka anggota tersebut, ALLAH swt haramkan api neraka hatta asap nya sekali.
"Sesungguhnya Kejayaan Manusia Itu Di Dunia Mahupun Akhirat, Hanya Dalam Agama. Sejauh Mana Dapat Taat Perintah Allah, Dan Hidup Ikut Cara Baginda Nabi Saw"
~Insya-ALLAH~

p/s: Huraian tentang Muzakarah 6 sifat ni saya copy dari seorang sahabat.Semoga Bermanfaat..:)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terima Kasih Sudi Baca,Semoga Bermanfaat ! :)