Anda Pengunjung ke

::: IMAN YAKIN::::....

بسم الله الرحمن الرحيم


Asalamualikum...:) syukur pada ALLAH SWT atas nikmat iman dan islam, syukur juga atas segala nikmat yang tidak terhitung.

Hari ini aku terpanggil untuk berkongsi status dari rakan facebook untuk aku kongsi di blog aku ni.Jom baca.

Semalam belajar tafsir tentang nabi Ayyub a.s dan maulana sulaiman moola db ceritakan pada kami kisah nabi ayyub a.s...kisahnya panjang,dan boleh dirujuk dalam kitab-kitab sirah,kerana itu bukan maksudku,tapi ada sesuatu yang sangat menyentuh hatiku iaitu semasa nabi ayyub sakit tenat,syaitan telah menyamar menjadi tabib dan bertemu dengan isteri baginda lalu berkata mahfumnya:

"Aku boleh sembuhk

an penyakit suami kamu,dan jika aku berjaya,aku cuma minta satu bayaran.."

Isteri baginda bertanya apa bayaran nya?

Syaitan menjawab:

"Selepas suami mu sembuh,ucaplah terima kasih kepadaku kerana telah berjaya menyembuhkannya.."

Isteri baginda sangat gembira dengan syarat yang sangat mudah itu bahkan itu bukan syarat kerana ia adalah adat kebiasaan manusia berterima kasih kepada doktor.Lalu dia bergegas pulang bertemu suaminya dan ceritakan segalanya.
Nabi Ayyub sangat-sangat-sangat marah!!!

"Apakah ada yang mampu menyembuhkan seseorang selain allah?????!!kalau aku sembuh nanti nanti aku bersumpah akan pukul kamu dengan 100 sebatan!!!"

Note: apa yang kalian faham daripada kisah ini?sekarang fikir...berapa banyak kesyirikan yang telah kita lakukan dengan mengangkat selain allah sebagai tuhan?kita anggap doktor dan ubat yang menyembuhkan penyakit,kita beriman makanan yang kenyangkan perut,minuman yang hilangkan dahaga,kita berfikir semuuuaaaaanya SELAIN ALLAH...bila dah hilang semua asbab dan ikhtiyar makhluk,barulah kita berpaling kepada allah kononnya "bertawakal".....apakah kecelakaan ini?kita menjadikan allah sebagai yang terakhir untuk kita "bertawakal" selepas semua "tuhan-tuhan" lain tak berjaya bantu kita?
Apa kalian fikir daku menyeru agar tinggalkan ikhtiar asbab?jangan makan minum?jangan makan ubat?maka otak kalian sangat pendek....apa yang aku seru ialah JADIKAN ALLAH YANG PALING UTAMA KEMUDIAN BARU ASBAB TANPA KITA YAKIN SIKIT PUN DALAM HATI KITA SEMUA ASBAB NI MAMPU BERI MUDARAT DAN MANFAAT PADA KITA..
Contoh: kalau dulu kita sakit,kita cari ubat dulu baru tawakal,sekarang kita ubah iman dan amal kita seperti nabi dan sahabat iaitu kita TAWAKAL dulu baru makan ubat/ikhtiar...jangan belakangkan allah,atau allah akan belakangkan kita di hari akhirat nanti....

Dari sini,apa yg dapat aku simpulkan ialah ia berkaitan dengan iman dan yakin kita pada ALLAH SWT.Mungkin dalam kita tak sedar kita telah meletakkan penyerahan dan tawakal pada ALLAH adalah jalan terakhir setelah sehabis daya berusaha yang kononya dikatakan ikhtiar.Kita tidak meletakkan ALLAH sebagai sandaran utaman tika kita dilanda kesusahan atau sebagainya.kita tak yakin dengan iman dan amal boleh selesaikan semua masalah.Kenapa begini? kerana Iman dan yakin kita lemah,kita tak yakin bahawa ALLAH maha kuasa,makhluk tak de kuasa,Allah yang bg sembuh segalan penyakit bukan ubat.Allah yang bg kita kenyang bukan makanan dan segala2nya adalah dari ALLAH swr.Kita sebagai manusia tiada kuasa apa2..segala yang berlaku semua atas izin ALLAH.Dalam tak sedar kita telah melakukan kesyirikan jika kita meletakkan ALLAH ditempat yg terakhir sebagai tempat sandaran .So,marilah kita sama2 usaha atas iman kita lagi dan lagi.Bina keyakinan kita dengan masukkan kebesaran ALLAH dalam hati,buang kebesaran makhluk dalam hati.Yakinlah....ALLAH MAHA KUASA MAHLUK TAK DE KUASA APA2.:)....Semoga bermanfat.:)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terima Kasih Sudi Baca,Semoga Bermanfaat ! :)