Anda Pengunjung ke

Cinta ALLAH kepada HambaNYA.

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum...
Kadangkala bila dugaan hidup menerpa kita rebah,kita gelisah.Kita tertanya2 kenapa ALLAH timpakan aku ujian yg sebegini rupa.Layakkah kita bertanya atau kita mmg layak di uji.?
 Aku petik sedikit kata2 seorang ustaz yg amat aku kagumi Ustaz Ebit Lew, "Sebenarnya kesusahan yang datang dalam hidup adalah tanda doa kita dimakbulkan. Supaya kita lebih tabah, kuat, dan dekat dengan Allah. Tapi kita tersilap dengan melihat kesusahan atau tekanan itu sebagai perkara yang menghancurkan dan kemusnahan diri kita..

Ramai orang mula kembali semula kepada Allah swt ketika diri mereka ditimpa kesusahan, kesempitan dan bila diuji dengan pelbagai bentuk dugaa

n.

Kita tidak disuruh meminta atau berdoa untuk meminta kesusahan tetapi disebalik kesusahan itu ada rahmat yang besar.

Situasi semasa senang dan lapang selalunya menyebabkan manusia mudah lalai dan alpa terhadap Allah swt. Allah swt dengan kasih sayangnya sentiasa membuka jalan untuk kita kembali padanya.

Seorang usahawan bila dia gagal atau kerugian mereka mula kembali bersolat, datang ke masjid, menangis ketika tahajud, hatinya menjadi lembut dan rendah diri.

Seorang ahli politik bila sudah tidak dipilih dan kerjaya politiknya musnah dia mula menangis dan kembali pada Allah swt.

Menghadapi masalah rumah tangga, diserang penyakit yang membawa kepada kematian menyebabkan manusia kembali ingat kepada Allah swt.

Selalunya manusia yang hidupnya sering ditimpa kesusahan menjadikan mereka lebih mudah untuk menangis. Ketika berdoa kita begitu mudah mengalirkan air mata apabila menghadapi masalah.

Ya Allah ampunkan dosa kami kerana hati kami yang tidak bersyukur dan berterima kasih kepadamu- ebit lew


kata2 ni aku ambil dari page fb Langit.Illahi,sangat beri motivasi pada diri ni...
Tiadalah dipandang di sisi Allah itu, orang yang kaya dengan harta, orang yang cantik paras rupa atau orang yang tinggi kedudukannya. Namun, nilaiannya adalah benih taqwa yang tersemat dalam jiwa hamba.

Kadang-kadang kita melihat manusia yang ditimpa derita seperti dia jauh dari rahmat-Nya. Namun, hakikatnya mungkin dia lebih dekat dengan Illahi kerana taqwanya teruji.

Mari Menjadi Hamba!
Kita ini lemah. 
Kalau tidak Allah yang kuatkan kita, maka tidak ada satu kekuatan apapun pada diri kita untuk menempuh panjang hidup yang mencabar ini. 

Kita ini kotor dan penuh dosa.
Kalau tidak Allah menutup aib pada diri kita, maka kita pun tidak akan mampu berjalan di hadapan manusia.

Kala manusia mula lupa bahawa Allahlah yang telah memberikan segala,
Ingatkanlah diri kita bahawa Allah tidak pernah rugi tanpa kita, 
Tapi kitalah yang hina kerana meninggalkan-Nya.* Credit to fb lagit illahi.

So,kita sebagai hamba kita sebenarnya mmg layak di uji kerana dosa2 yang kita lakukan,dan ujian tu bukan suatu yg sia2 ALLAH jadikan malah adalah suatu tarbiyah, ia juga merupakan tanda kasih sayang ALLAH.Ingat ! Ujian bukan sahaja dalam bentuk kesusahan tapi juga dalam bentuk kesenangan.Dengan Iman dan Amal ALLAH boleh selesaikan semua masalah.yakinlah dengan sebenar2 keyakinan bahawa ALLAH MAHA BERKUASA,MAKHLUK TIADA KUASA APA2.Semoga apa yg kita baca kita dapat Amal dan sampaikan...insyaALLAH.Semoga Bermanfaat....:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terima Kasih Sudi Baca,Semoga Bermanfaat ! :)