Anda Pengunjung ke

Sabar & Solat !

بسم الله الرحمن الرحيم


Syukur pada ALLAH kerana hari ni kita masih di beri ruang dan peluang untuk megubah kesilapan kita,bertaubat dan menyedari dosa yg dilakukan.Syukur juga pada ALLAH kerana telah memberi kita nikmat Iman dan Islam .Risau.Aku Risau?Apa yg kita Risau?Pernahkah kita risau tentang amal kita yg belum pasti di terima ALLAH atau tidak?Pernahkah kita jadikan kerisauan kita untuk agama dengan melihat betapa ramainya umat yg sedang menderita akibat kejahilan .Di mana fikir risau kita?Kebanyakkan kita seringkali risau tengang keperluan @rezeki.Kita terlau risau dengan masalah kewangan.Yakinlah sahabat Allah yg akan selesaikan semua masalah kita.Dalam sebuah hadith ada di riwayatkan daripada Hazrat Huzaifah katanya" Apabila  Rasulullah SAW mengalami sesuatu kesulitan,baginda segera mengerjakan solat." Kita pula bagaimana?Apabila masalah datang kita mengeluh dan termenung sana sini.Risau yg teramat sehinggan mengannggu emosi.Ini menunjukkan keyakinan kita pada ALLAH  kemungkinan lemah dan kurang.Masalah itu juga datang dari ALLAH sebagai ujian buat kita.Solat merupakan satu rahmat yang besar daripada ALLAH.So,segeralah mengerjakan solat saat kesusahan dan kesempitan sedang menduga kita.Apabila rahmat ALLAH datang tak mungkin kesusahan itu akan berterusan.Setelah kesusahan pasti ada kemudahan itu adalah janji2 ALLAH.Apa pun masalah yg berlaku dalam hidup kita jadikan solat sebagai tempat kita minta pertolongan pada ALLAH.Yakinlah,Allah pasti tunjukkan jalan.

وَاسْتَعِينُواْ بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلاَّ عَلَى الْخَاشِعِينَ
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (dengan mengerjakan) solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu."  (Al-Baqarah~:45)

يَا أَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوا اسْتَعِيْنُوْا بِالصَّبْرِ وَ الصَّلاَةِ إِنَّ اللهَ مَعَ الصَّابِرِيْن
 Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat; sesungguhnya Allah  beserta dengan orang-orang yang sabar.  (Al-Baqarah: 153)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terima Kasih Sudi Baca,Semoga Bermanfaat ! :)