Anda Pengunjung ke

::..Pintu Rezeki Terbuka Dengan Banyak Beristighfar....

بسم الله الرحمن الرحيم



" Jangan terpengaruh dengan seruan yang mengatakan cita-cita tidak mungkin di capai,dan jalan menuju kejayaan itu adalah suatu hal yang suatu hal yang mustahil. " 
Petikan dari buku (MOTIVASI MENJADI WANITA YANG PALING BAHAGIA")

Allah maha berkuasa yang menyelesaikan semua manusia.

Jom baca kisah di bawah ni.Semoga bermanfaat. ! :)

Perhatikan kisah seorang isteri yang hampir putus asa kerana baru kematian suami dan meninggalkan beban dan tanggungjawab yang berat.katanya:

" Ketika suamiku meninggal dunia,aku sudah mencecah umur 30 tahun.Dari suamiku itu,aku di kurnia 5 orang cahaya mata.Selepas itu dunia menjadi gelap,aku tergaman dan tidak tahu apa hendak di buat selain menagis tak henti-hentinya hingga kering air mataku.

Dari seorang surirumah sepenuhmasa yang bersandar penuh kepada suami,kini aku menjadi seorang janda yang berputus asa.Aku sentiasa dalam kesedihan dan kengundahan dalam hidup.Anak-anakku masih kecil dan kami seama sekali tidak mempunyai pendapatan yang memadai untuk menyara hidup.Jalan yang saya tempuh adalah menjual sedikit-sedikit peninggalan yang di wariskan oleh bapa anal-anak.

" Pada suatu hari aku masuk ke dalam bilik untuk mendengar Al-Quran.Menerusi siaran radio itu aku mendengar seorang tuan guru berkata : " Sesiapa yang memperbanyakkan istighfar,maka Allah akan menjadikan baginya jalan kesenangan dari setiap kesedihan,dan jalan keluar dari setiap kegelisahan."

Selepas itu aku memperbanyak istighfar,demikian juga anak-anak,aku suruh mereka untuk melakukan hal yang sama.Sungguh mengejutkan,tidak sampai 6 bulan,kami mendapat tawaran untuk barang yang kami miliki dengan keuntungan wang berjuta-juta.

Bukan itu sahaja.Anakku yang sulung terpilih sebagai pelajar terbaik di daerah kami,pada waktu yang sama ia berjaya menghafaz Al-Quran dengan sempurna.Oleh itu dia selalu menjadi pusat perhatian dan buah mulut masyarakat.Keadaan kami menjadi lebih selesa dan ALLAH telah memberi kebaikkan kepada anak-anakku.Tidakada kesedihan dan kegelisahan.Saa itu aku merasa telah menjadi wanita yang paling bahagia di di dunia.
sumber : dari buku  (MOTIVASI MENJADI WANITA YANG PALING BAHAGIA")



" MasayaALLAH sesuanggunya ALLAH Maha Pengasih lagi Maha penyayang.."





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terima Kasih Sudi Baca,Semoga Bermanfaat ! :)