Anda Pengunjung ke

"Makan Hati Ulam Jantung"

بسم الله الرحمن الرحيم

Kadang2 bila hati sudah tidak dapat menahan sesuatu yg terbuku rasa ingin di luahkan.Ibarat kata pepatah "Makan Hati Ulam Jantung." Boleh di katakan sabar tu kadang2 hilang tapi masih dapat di kawal.Bila mana hanya diri aku yang perlu memahami tanpa aku di fahami.Take Note ! Ini tiada kaitan dengan masalah rumah tangga sebab aku belum berkahwin...hehe....yelah..biasanya bila bercakap tentang makan hati ulam jantung ni  macam iras2 kes masalah isteri makan hati dengan suami...hehe:D...Tak perlulah aku bercerita apa sebab aku tulis semua ni.Aku cuma nak nyatakan yg aku makan hati ulam jantung.Pada Siapa? Biar aku je yg tahu.Sebenarnya bila aku ada masalah tak pernah rasanya aku dok post kat status fb atau pun blog untuk luahkan apa yang aku rasa.Bagi aku tak perlu kot.Cukuplah hanya ALLAH yg mengetahui masalah hambanya.Allah yg hadirkan masalah ni dan Allah jualah yang akan selesaikan.Tapi.....tetiba hari ni aku nak tulis juga kat blog aku yg aku sekarang ni "makan hati ulam jantung".Sedih pun ada juga....tapi bila di fikir2...untuk apa aku sedih dengan perkara remeh ni.Banyak lagi perkara lebih besar yg patut aku fikirkan.Sesungguhnya ketenangan tu datang hanya dengan mengingati ALLAH.Bila ALLAH jadi tempat sandaran,insyaALLAH Hati pun akan menjadi lapang dan tenang.Memang dalam dunia ni susah nak jumpa org yg benar ikhlas dan memahami.Sesungguhnya Hanya ALLAH yg memahami perasaan hambanya.So,ceritakanlah semua kesedihan dan masalah hanya pada yg Maha Esa,Maha Pengasih,Maha Penyanyang...:)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terima Kasih Sudi Baca,Semoga Bermanfaat ! :)