Anda Pengunjung ke

Aku rindu Baitullah !

بسم الله الرحمن الرحيم


Asalamualaikum wbt.....
Alhamdulillah atas nikmat iman dan islam.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi kesayangan kita Nabi Muhammad SAW.Berkat pengorbanan Baginda kita mengenal Allah,berkat pengorbanan baginda juga kita dapat nikmat iman dan islam.Berkat pengorbanan Nabi Muhammad, Nabi ibrahim,Nabi Ismail dan  juga  Siti Hajar hari ni berjuta orang dari pelusuk dunia datang ke Baitullah(makkah) menyempurnakan ibadah haji.Salam Aidil Adha buat semua.:)

Rindu..aku rindu....rindu mengadap kaabah,rindu ingin menjejakkan kaki ke makkah dan madinah.Bilakah aku dapat menjejak kaki ke sana?wallahualam.Syukur Alhamdulillah kerana mak dan ayah aku sudah di pilih ALLAH untuk mengerjakan ibadah umrah pada tahun lalu(2011).Semoga mereka dapat mengerjakan ibadah haji pula nanti.

Sungguh aku merindui Baitullah.Semoga Allah akan pilih aku dan murahkan rezeki aku untuk pergi ke rumahnya."Labbaik Allahumma Labbaik. Labbaik La Shareeka Laka Labbaik. Innal Hamdah Wan-Nematah Laka wal Mulk La Shareeka  La..."


Menunggu panggilanMU ya ALLAH..t_t

Saya nak share sebuah kisah tentang hamba ALLAH yg sanggup berjalan kaki merentas beberapa buah negara demi untuk mengerjakan Ibadah Haji dan bukti cntanya kepada ALLAH SWT...MasyaALLAH....tinggi pengorbana beliau....kisah ni saya copy dari blog Dr Zainur Rashid Zainuddin  klik sini untuk lihat.Jom baca !


senad perjalanan jauh Subhanallah.... Satu rekod dari Bosnia Herzegovina !
Erti sebenar pengorbanan kerana Allah
Senad Hadzic yang berasal dari Bosnia akhirnya berjaya sampai ke Mekah untuk menunaikan haji selepas dengan berjalan kaki selepas merentasi 7 buah negara termasuk Syria yang kini bergolak dilanda pepeperangan yang berpanjangan.
senad hadzic 4 300x195 Subhanallah.... Satu rekod dari Bosnia Herzegovina !
Senad Hadzic berjalan jauh dengan penuh ketabahan
Beliau telah berjalan kaki sejauh 5,700 kilometer (km) selama 314 hari merentasi Bosnia, Serbia, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan untuk ke Mekah dengan membawa beg sandang seberat 20 kilogram.
Senad Syria Subhanallah.... Satu rekod dari Bosnia Herzegovina !Dia telah merentasi Syria yang bergolak pada bulan April lalu sejauh 500km dalam tempoh 11 hari termasuk melintasi bandar raya Aleppo dan Damsyik serta sejumlah pos kawalan tentera rejim dan pasukan pembebasan Syria tetapi dia beruntung kerana tidak pernah ditahan.
senad air paip Subhanallah.... Satu rekod dari Bosnia Herzegovina !Di sebuah pos kawalan tentera rejim Presiden Bashar Al-Assad, beberapa askar mengarahkannya mengosongkan beg sandangnya. Apabila beliau menunjukkan al-Quran dan mengata bahawa dia berjalan kaki ke Mekah, mereka melepaskan dia berlalu pergi.
senad sejuk Subhanallah.... Satu rekod dari Bosnia Herzegovina !Senad saudi border sign Subhanallah.... Satu rekod dari Bosnia Herzegovina !Dalam perjalanannya, Senad Hadric pernah berhadapan dengan suhu sejuk antara -35° darjah Celsius di Bulgaria dan kepanasan yang mencecah 44° darjah Celsius di Jordan.
senad hadzic solat Subhanallah.... Satu rekod dari Bosnia Herzegovina !Dia juga pernah menunggu di Istanbul, Turki selama beberapa minggu untuk mendapatkan kebenaran bagi merentasi Jambatan Bosphorus dengan berjalan kaki, selain daripada menunggu selama dua bulan di sempadan Jordan dan Arab Saudi bagi mendapatkan visa untuk mengerjakan ibadah haji.
senad mekah Subhanallah.... Satu rekod dari Bosnia Herzegovina !

Akhirnya beliau sampai ke destinasinya…
kota mekah Subhanallah.... Satu rekod dari Bosnia Herzegovina !Akhirnya dia berjaya menjejakkan kakinya ke Mekah bagi menjadi tetamu Allah swt
Subhanallah, alhamdulillah, allah akbar…..!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terima Kasih Sudi Baca,Semoga Bermanfaat ! :)