Anda Pengunjung ke

6 Pesanan Untuk Kaum Wanita( Masturat)


بسم الله الرحمن الرحيم

Jadikan Usaha Dakwah Sebagai Maksud Hidup !



Banyak Ayat2 dari Al-Quran Al-Hadith Yang Menjelaskan bahawa setiap lelaki dan perempuan mempunyai tanggungjawab yang sama terhadap agama dan usaha agama.Oleh Itu,USAHA MASTURAT harus dikerjakan dengan menggunakan garis taqwa,tertib dan pensyaratan yang ketat.




Tujuan Dilakukan Usaha Masturat adalah agar setiap wanita :

    1. Menjaga Solat 5 waktu dengan khusu dan khudu.Maksudnya adalah wanita hendaklah mengerjakan solat di awal waktu dirumah.
    2. Menghidupkan ta'lim wa ta'lum.Walaupun di rumah tetap harus menghidupkan majlis2 ilmu di rumah bersama keluarga.
    3. Membaca AL-QURAN  dan mengamalkandan DZIKIR pagi dan petang .Sebaiknya wanita menghiasi dirinya dengan memperbanyakkan zikir dan membaca al-quran.
    4. Mendidik Anak dalam Suasana Agama dan Ikut Sunnah Rasulullah SAW.
    5. Hidup secara sederhana ,Menjaga Hijab atau AURAT dan .Jika wanita keluar rumah hendaklah didampingi dengan mahramnya dan menutup aurat dengan sempurna.  mengamalkan kehidupan yang sederhana seperti yang ditunjukkan oleh nabi dan para sahabat. Yang dimaksudkan dengan sederhana di sini ialah kita berbelanja mengikut keperluan walaupun kita mampu untuk berbelanja lebih. Tidak mengikut  hawa nafsu semata-mata sehingga menyebabkan pembaziran dan sifat menunjuk2 akan harta yang  dimiliki. 
    6. Menganjurkan mahram atau suaminya untuk khuruj fisabilillah.Jika ada keluarga atau kawan yang datang kerumah untuk sesuatu keperluan maka dengan kasih sayang,cinta dan hikmah mengajak mereka untuk mengamalkan agama dalam kehidupan dan jadikan dakwah sebagai maksud hidup.


Sumber Rujukan : Masturat(Usaha Dakwah Dikalangan Wanita) 
oleh Maulana Muhammad Mannshur
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terima Kasih Sudi Baca,Semoga Bermanfaat ! :)