Anda Pengunjung ke

Tautan Hati Di Jalan ILLAHI ♥

بسم الله الرحمن الرحيم

Asalamualaikum dan salam kasih dan sayang buat sesiapa sahaja yang sudi singgah atau tersinggah di blog saya yang tak seberapa ni.Kebanyakkan post saya selalunya saya copy paste dari  bahan bacaan yg saya baca dan saya kongsikan di blog.Untuk post kali ni ia adalah dari penulisan saya sendiri dan sedikit rujukan dari kitab tentang usaha masturat.. Post ini berkisarkan sebuah Impian dan Keazaman untuk berkorban diri,masa,harta hatta nyawa sekalipun untuk agama ALLAH.Menjadi sayap kiri perjuangan(bakal) seorang suami yang buat usaha dakwah ikut cara Nabi saw.(Tabligh).

Sesungguhnya Kebahagiaan dan kejayaan sebenar manusia hanya dalam Agama ALLAH SWT dan Mengikuti sunnah atau cara Nabi SAW. Dalam sunnah ada kejayyan,dan hanya dakwah cara Nabi SAW sahaja yang membawa kejayaan. Dari hasil berkat usaha Nabi SAW kita umat islam hari ini dapat merasai nikmat IMAN dan ISLAM hasil susah payah dari pengorbanan Baginda dan Para sahabat.Kejayaan sebenar bukan dengan adanya segulung ijazah atau diploma,bukan wang beribu atau pangkat juga rumah besar dan kereta mewah atau barang berjenama mahal tetapi, kejayaan sebenar di ukur di dalam agama ALLAH yg sempurna sejauh mana kita semua dapat mentaati perintah ALLAH dan ikut Cara Nabi SAW dengan sebenar-benar IMAN dan YAKIN bahawa ALLAH MAHA KUASA,MAKHLUK TIADA KUASA APA-APA.

Apa yang saya sampaikan ni bukanlah dengan tujuan ingin berdakwah,sekadar ingin bercerita sekaligus mengharap agar para pembaca memahami pentingnya Usaha Dakwah.Sebelum ni saya pernah post Tentang Kepentingan Usaha Masturat.Usaha Masturat adalah usaha dakwah dikalangan wanita.Inilah antara impian tertinggi saya.Letakkan diri dalam usaha ini sehingga diri dan bakal anak2 dapat di bentuk dalam suasana agama dan jadikan dakwah sebagai maksud hidup.InsyaALLAH.Semua ini perlukan pengorbanan dan mujahadah." ALLAH SWT telah memakmurkan dunia dengan lelaki dan wanita.Wanita Lebih ramai dari lelaki.Jika tidak membuat usaha ke atas wanita,mereka tidak akan hidup beragama dan anak-anak juga hidup tanpa suasana agama.Oleh itu usaha ke atas wanita sangat penting.Pendidikan agama anak-anak bergantung pada Agama dikalangan  wanita (cth: nilai agama seorang IBU).Seorang Ibu memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak agar duduk dalam suasana agama sedangkan Ayah pergi keluar mencari keperluan buat isteri dan anak2.Tugas Ibu mendidik.Ibu adalah murabbi pertama anak2 sebelum mereka melangkah ke sekolah.Pentingnya usaha ini adalah membawa para isteri atau ibu untuk wujudkan suasana agama di dalam rumah dan belajar cara mendidik anak2 ikut sunnah Nabi saw.Apabila kaum wanita memahami dan mempunyai fikr agama,mereka akan mewujudkan suasana islam di rumahnya.Dengan hidupnya suasana Islam dirumah maka akan terbentuklah anak2 yang soleh dan solehah,alim alimah,mujahid dan mujahidah.

 Para Rasul yang mendapat dukungan isterinya terbukti berjaya dalam dakwahnya dan mempunyai banyak pengikut,misalnya Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Muhammad saw.Sedangkan Rasul2 yang tidak di dukung atau di dorong oleh isterinya contohnya Nabi Nuh a.s dan Luth a.s maka sedikt pengikutnya.Disebabkan inilah tugas dakwah bukan hanya tanggungjawab lelaki tetapi juga tanggungjawab kaum wanita.Ketika Muhammad sawdiangkat menjadi Rasul,yang pertama kali berimnan kepada beliau adalah wanita,isteri baginda sendiri iaitu KHADIJAH  R.A.

Menjadi impian setiap orang inginkan sebuah keluarga.Bagi ana perkahwinan adalah tapak perjuangan seorang wanita.Mengimpikan sebuah keluarga yang duduk dalam suasana IMAN dan AGAMA.Mempunyai suami yang menjadikan kerja dakwah sebagai kerja utama dan maksud hidup sebenar.Sungguh indah apabila nilai agama dan iman di utamakan.USAHA ATAS IMAN itulah asas dakwah.Iman perlu di usahakan setiap saat.Menyokong dan sentiasa membantu suami dalam kerja dakwah dan khuruj fisabilillah.Mengimpikan perkahwinan yang bakal di bina bukan sekadar sayang menyayangi atau kerana cinta dan nafsu tetapi ingin bina perkahwinian kerana dakwah dan menyambung perjuangan  Nabi saw dan melahirkan zuriat yang dapat menyambung kerja nabi yang mulia ini.Indah andai memahami maksud kerja dakwah dan maksud sebenar perkahwinan.

Untuk semua ini bukanlah sekadar memasang impian dan hanya berkata di mulut tanpa melakukan pengorbana.Perlu sedia mujahadah untuk agama.Sedia untuk berkorban harta,masa untuk jalan ALLAH.Sungguh.........hati ini benar2 rindu untuk Khuruj masturat 3 hari,15 hari,40 hari bersama seorang lelaki yang bernama suami.Semoga ALLAH mendengar dan memakbulkan impian hati ini.Persiapkan diri untuk bantu agama ALLAH.Azam dan terus azam semoga ALLAH memilih diri ini untuk menjadi zaujah kepada seorang lelaki yang buat Usaha dakwah dan menjadi penawar hati suami tika duka dan lemah dalam perjuangan dam memberi semangat dan dorongan agar tidak lelah dan cepat kalah dalam menyebarkan dakwah di seluruh alam...Fikir risau umat yang sedang menderita.Taghrib suami khuruj fisabilillah 3 hari,40 hari,4 bulan (IPB).Sedia untuk selalu ditinggalkan suami kerana kerja agama bukan kerja dunia.INSYAALLAH.

ok....ada masa saya cerita lagi untuk sambungan dari kisah IMPIAN HATI saya.JAZAKALLAH.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terima Kasih Sudi Baca,Semoga Bermanfaat ! :)