Anda Pengunjung ke

~Tinta Hati Hamba Illahi~

بسم الله الرحمن الرحيم


Tak semua yang kita rasa baik untuk kita memang baik untuk kita, dan tak semua yang kita benci tu tak baik untuk kita.Mungkin apa yang kita nak sekarang ni kita takkan dapat sekarang dan ALLAH lebih mengetahui apa dan kenapa apa yg kita inginkan tidak kita miliki saat ni.Mungkin ada hikmah yang tersendiri dan setiap perancangan ALLAH adalah yg terbaik.Kita merancang,Allah juga merancang dan sebaik2 perancang sudah tentu ALLAH swt.




عَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لا تَعْلَمُونَ (٢١٦)
“Boleh jadi, kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah yang paling mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah:216)
" Kesabaran ada Batasan " ana pasti perkataan ni akan keluar ketika tahap kesabaran sudah mula ke kemuncak yang tertinggi.Tapi beranikah anda dan saya lontarkan ketidak puasan ini pada ALLAH swt.? Kalau antum semua tanya pada ana,jujur ana katakan ana tak berani kerana ana sedar ALLAH swt tahu apa yang terbaik buat hamba2nya dan ana yakin ALLAH boleh buat apa sahaja yang ALLAH kehendaki, KUN FAYAKUN....Jadi maka jadilah.Kekuasaan ALLAH tiada satu makhluk pun yang dapat tandingi.ALLAHUAKBAR!!!! Allah Maha Kuasa,Makhluk tiada Kuasa Apa2.So,apa yang ana yang cuba nak sampaikan kat sini adalah sabar itu penting dalam setiap keadaan terutama sekali jika diri dilanda kekusutan,kekeliruan dan kepayahan.Masalah takkan pernah lekang dari kehidupan manusia.Cuba renungkan ayat-ayat ALLAH NI :

قال الله تعالى : { ((آل عمران : 200 ) وقال تعالى {ولنبلونكم بشيء من الخوف والجوع ونقص
من الأموال والأنفس والثمرات وبشر الصابرين} (( البقرة : 155 )) وقال تعالى : }إنما يوفى
الصابرون أجرهم بغير حساب{ ((الزمر: 10 )) وقال تعالى: }ولمن صبر وغفر إن ذلك لمن عزم
الأمور{ ((الشورى : 43 )) وقال تعالى: }استعينوا بالصبر والصلاة إن الله مع الصابرين{ ((محمد
31 )) والآيات في الأمر بالصبر وبيان فضله كثيرة معروفة. :

Allah Ta'ala berfirman:
"Hai sekalian orang yang beriman, bersabarlah dan cukupkanlah kesabaran itu." 
(ali-lmran:200)

Allah Ta'ala berfirman pula:
"Niscayalah Kami akan memberikan cobaan sedikit kepadamu semua seperti ketakutan,
kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan, kemudian sampaikaniah berita gembira kepada
orang-orang yang sabar." (al-Baqarah: 155)

Lagi Allah Ta'ala berfirman:
"Sesungguhnya orang-orang yang bersabar itu akan dipenuhi pahala mereka dengan tiada
hitungannya - kerana amat banyaknya." (az-Zumar: 10)
Juga Allah Ta'ala berfirman:
"Orang yang bersabar dan suka memaafkan, sesungguhnya hal yang demikian itu niscayalah
termasuk pekerjaan yang dilakukan dengan hati yang teguh." (as-Syura: 43)

Allah Ta'ala berfirman pula:
"Mintalah pertolongan dengan sabar dan mengerjakan shalat sesungguhnya Allah bersama
orang-orang yang sabar." (al-Baqarah: 153)

Lagi Allah Ta'ala berfirman:
"Dan sesungguhnya Kami hendak menguji kepadamu semua, sehingga Kami dapat mengetahui
siapa di antara engkau semua itu yang benar-benar berjihad dan siapa pula orang-orang yang
bersabar." (Muhammad: 31)

Allah..........Terima kasih kerana memujuk diriku yang kini sedang bersedih dan tertanya-tanya kenapa apa yang aku inginkan belum lagi aku kecapi dan mengapa kau beri ujian itu dan ini buatku......Ayat-ayatmu membuat ku tenang dan jiwa ku lapang kerana aku tahu Kau Maha mengetahui apa yang terbaik buat hamba2MU.Kau mengujiku kerana kau menyanyangiku..TQ ALLAH.

 حسبنا الله ونعم الوكيل 

Cukuplah Allah menjadi penolong bagi kami dan Dia sebaik-baiknya pelindung. Maka mereka kembali dengan nikmat dan karunia yang besar dari Allah, mereka tidak ditimpa suatu bencana dan mengikuti keredhaan Allah. Allah mempunyai kurnia yang besar.’ (QS. Ali Imran : 173-174)

Hanya ALLAH yang dapat membantu setiap masalah......Berserahlah dan tawakal hanya kepada ALLAH...
Dan bertawakallah engkau hanya kepada Allah, jika engkau orang-orang yang beriman.’ (QS. al-Maidah : 23).

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱسۡتَعِينُواْ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّـٰبِرِينَ
Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar. 

(Surah Al-Baqarah 2: Ayat 153)

   

Ini sahaja jalan penyelesaian bagi setiap masalah.....SOLATLAH WAHAI ORANG2 MUKMIN DIKALA SUSAH DAN SENANG!
Dan mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan mengerjakan solat,
Sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali orang-orang yang khusyuk;
(Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui
Tuhan mereka dan bahawa mereka akan kembali kepada-NYA;
(Al-Baqarah:45-46)
Jangan Lupa doa !.......Doa senjata Mukmin.
Abu Hurairah : "Berdoalah kepada Allah dengan keyakinan penuh bahawa doa itu akan dikabulkan ! dan sesungguhnya Allah tidak mengkabulkan doa daripada hati yang lalai & berpaling "(HR At-tirmizi)
 "Ya Allah aku berserah kepada engkau, aku beriman kepada engkau, aku bertawakal kepada engkau, aku kembali kepada engkau dan aku berjuang kerana engkau. Ya Allah, aku berlindung dengan kemuliaan dan kekuatan engkau, tiada Tuhan yang aku sembah melainkan engkau, janganlah aku disesatkan. Engkau yang hidup dan tidak akan mati sedangkan jin dan manusia semuanya akan mati (Muttafiqun alaih)". (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Allah jua yang memasukkan malam kepada siang dan memasukkan siang kepada malam (silih berganti), dan Dia yang memudahkan peredaran matahari dan bulan; tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Yang melakukan semuanya itu ialah Allah Tuhan kamu, bagi-Nyalah kuasa pemerintahan; sedangkan mereka yang kamu sembah selain Allah itu tidak mendengar permohonan kamu, dan kalaulah mereka mendengar pun, mereka tidak dapat memperkenankan pemohonan kamu; dan pada hari kiamat pula mereka mengingkari perbuatan syirik kamu. Dan (ingatlah) tiada yang dapat memberi tahu kepadamu (Wahai Muhammad, akan hakikat yang sebenarnya) seperti yang diberikan Allah Yang Maha mendalam pengetahuan-Nya (surah Fatir: 13-14).
  

Salam Mujahadah wahai diri yang seringkali alpa.....salam kesabaran wahai diri dengan setiap ujian menimpa,syukurlah pada Tuhan mu iaitu ALLAH yang mencipta dan mentadbir seluruh langit dan buni yang memberi rezeki pada setiap makhluk di muka bumi ini di daratan di lautan mahupun dia di udara.

Akan tiba pelangi yang mewarnai setelah hujan lebat mencurah bumi,Akan Tiba Sang Mentari menerangi bumi.Akan ada cahaya purnama menerangi kegelapan hari.....Aku sabar Menanti Pasti !
Amin ya ALLAH.......

Sabar Itu Indah pada Hakikatnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terima Kasih Sudi Baca,Semoga Bermanfaat ! :)