Anda Pengunjung ke

Usaha Masturat(Usaha Dakwah Di Kalangan Wanita)

Tujuan Ana post Etry tentang usaha masturat ni sekadar berkongsi Ilmu dan ana tak jadikan blog ana ini sebagai medan berdakwah  dikalangan wanita tentang usaha masturat kerana dakwah sebenar adalah ikut cara Nabi s.a.w. dan para sahabaiah / isteri2 Nabi S.A.W. BLOG INI HANYA SEKADAR PERKONGSIAN.

Usaha Masturat (Wanita)

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاَةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللّهَ وَرَسُولَهُ أُوْلَـئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللّهُ إِنَّ اللّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(At Taubah 71)



***********************************************************

Usaha masturat adalah usaha yang sangat penting dan halus. Sangat penting sehingga semua orang kena buat usaha ini tetapi sangat halus sehingga semua perlu berhati-hati dalam melakukannya. Jika usaha dibuat dengan tertib yang betul, maka usaha yang sedikit akan dapat manfaat yang banyak. Tetapi jika usaha dibuat dengan tidak mengikut tertib maka walaupun usaha yang banyak dilakukan, tidak akan mendapat sebarang faedah.

Untuk itu setiap rumah perlu dihidupkan dengan amalan taklim (bacaan hadith darikitab fadhail amal) dan muzakarah 6 perkara sehingga amalan seperti yang berikut dapat hidup di dalam rumah 24 jam;
  1. Kehidupan rumahtangga sederhana seperti Nabi dan Sahabat
  2. Anak-anak ditarbiah untuk hidup dengan amalan sunnah
  3. Amalan dakwah hidup di dalam keluarga
  4. Lahirnya lelaki-lelaki dan wanita-wanita yang menjadi penolong agama (seperti ayat Quran di atas). 
  5. Zahirnya sifat malu yang berasakan iman 
  • Sifat malu adalah sifat yang sangat penting kerana malu adalah sebahagian dari iman. Tiada kebaikan bagi orang yang tiada sifat malu di dalam hidupnya. 
  • Wanita keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna dan maksiat tersebar di kalangan lelaki dan wanita adalah kerana hilangnya sifat malu.
  • Hari ini, sifat tidak malu telah tersebar dan kita jangan rasa selesa dengan keadaan ini. Usaha yang gigih perlu dibuat untuk megimbangi perkara ini. 

Oleh itu adalah sangat penting untuk kita membuat usaha masturat bermula dari rumah kita dahulu. Kemudian kita perlu usaha menghidupkan amal ini di rumah jiran-jiran di kawasan kita. Untuk itu, majlis taklim mingguan diwujudkan. Lelaki perlu sediakan jiran-jiran lelaki untuk bawa masturat mereka, wanita perlu sediakan jiran-jiran wanita mereka, untuk hadir ke majlis taklim mingguan ini. Di samping itu perlu beri galakan kepada jiran-jiran untuk menghidupkan majlis taklim di rumah mereka.

Usaha seterusnya adalah untuk hidupkan amalan ini di setiap rumah orang Islam di seluruh dunia. Untuk itu kita perlu bawa isteri untuk keluar bersama jemaah masturat selama 2 bulan, 40 hari, 10/15 hari dan 3 hari mengikut mesyuarat dan tertib-tertib yang diberi ulama. Jemaah masturat perlu dikeluarkan dan dihantar keseluruh dunia; jauh atau dekat.
    Sangat penting untuk kita buat usaha ini dengan niat untuk islah diri sendiri. Dengan niat seperti ini, Allah akan islahkan dirinya dan jadikan dia asbab orang lain untuk islahkan diri mereka. Kita perlu azam buat usaha ini dengan bersungguh-sungguh dan sedia untuk tambah pengorbanan. InsyaAllah!

    sumber:http://azharjaafar313.blogspot.com/2010/01/usaha-masturat-wanita_14.html?spref=fb
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Terima Kasih Sudi Baca,Semoga Bermanfaat ! :)