Anda Pengunjung ke

Hakikat Ujian ALLAH


Ujian adalah Tarbiyah dari ALLAH.Setiap Hamba ALLAH yang beriman pasti di uji dengan pelbagai ujian,dan sememangnnya ujian itu adalah tanda cinta ALLAH kpd Hambanya.Semakin seseorang itu ingin dekat dengan ALLAH semakin dia di uji,bukan ALLAH menzalimi,tetapi ALLAH mengasihi.Kadangkala memang agak tertekan dengan musibah yang menimpa diri.Rasa kecewa,hiba dan pelbagai perasaan buruk yg menghimpit jiwa dan raga.Apabila di renung kembali mengapa perlu berkeluh kesah kerana apa yang ALLAH takdirkan itu sudah tentu dalam pengetahuanya dan semestinya adalah yang terbaik untuk hamba2NYA.Ya...kita semua manusia lemah,kekadang rasa tak kuat bila di uji,memang down habis !.Ana juga dalam situasi di uji,di uji apa? biarlah menjadi rahsia kehidupan ana.tak pelu lah ana nak ceritakan satu persatu apa yang menghimpit kehidupan ana.Yang pasti semua manusia mempunyai masalah masing2 dan itu merupakan ujian ALLAH.Dan apa yang ana cuba nak sampaikan kat sini adalah mengenai tentang HAKIKAT UJIAJN ALLAH.Ana terjumpa satu artikel di salah satu web islamic mengenai ujian ALLAH dan ana ingin berkongsi dengan sahabat.

Manusia tidak lari dari ditimpa musibah. Oleh kerana hidup manusia pasti akan disulami dengan musibah, maka Allah mengajarkan kita cara menghadap musibah. Banyak hadith dan ayat Quran yang membicarakan mengenai cara menghadapi musibah.

Ada tiga peringkat mengenai sikap manusia ketika ditimpa sesuatu musibah.

1. Pada permulaannya, berlaku penolakkan. Di peringkat ini, manusia tidak menerima hakikat bahawa sesuatu telah hilang darinya, sesuatu telah tiada, sesuatu telah menimpa dan sebagainya. Dia akan cuba lari dari hakikat dan masalah. Jika dia cuba lari dari menerima hakikat, jiwanya akan semakin tertekan, hatinya semakin sempit dan fikirannya semakin keliru.

Di dalam Islam, kita perlu jujur menerima hakikat diri kita. Semakin berani kita untuk jujur menerima hakikat diri semakin tenang jiwa kita. Sebab itu di dalam Islam ada konsep muhasabah. Muhasabah bererti menerima kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri. Jika kita tidak dapat menerima hakikat diri kita, maka kita tidak akan dapat membuat perubahan di dalam diri kita.

2. Peringkat kedua, manusia akan mengeluh, marah-marah, mendongkol, menyalahkan orang lain dan yang paling parah ialah apabila menyalahkan takdir. Di peringkat ini, mereka telah menerima hakikat bahawa mereka sedang melalui masa getir, tetapi mendongkol dengan keadaan diri.

Sesungguhnya, mengeluh tidak merubah apa-apa. Sikap marah-marah juga tidak merubah apa-apa. Dia akan membuatkan kita semakin tertekan dan terhimpit. Sudahlah ditimpa musibah, hati pula hilang bahagia. Di dalam Islam, kita ada konsep muraqabah, iaitu rasa sentiasa diawasi oleh Allah. Hari ini jika kita senang, Allah mahu melihat apa yang kita lakukan begitu juga apabila kita susah. Allah akan melihat apa yang akan kita lakukan. Semua, susah dan senang ada nilaian pahala jika kita membuat sesuatu dengan betul. Jika kita rasa sentiasa diawasi Allah, kita akan selalu mencari keredhaannya. Waktu senang kita tidak lupa Allah, waktu susah kita bergantung penuh denganNya. Akhirnya, senang dan susah tetap tenang dan tetap bahagia.

3. Peringkat ketiga barulah biasanya manusia menerima segala apa ketentuan hidupnya. Barulah tidak marah-marah, tidak mengeluh dan sebagainya. Walaubagaimana pun, jika salah kefahamannya, manusia akan putus asa, hilang harapan, hilang semangat, hilang rasa untuk terus berusaha. Akhirnya, hidupnya semakin murung, semakin tidak ceria dan semakin kusut.

Di dalam Islam, apabila kita telah menerima kita di dalam keadaan susah, ada konsep tawakkal. Tawakkal ialah kita berusaha dan bakinya kita serahkan pada Allah untuk menyempurnakannya. Jika perniagaan kita gagal, kita usahakan terus, ubah sana dan sini, baki serah pada Allah. Jika rumah tangga kita gagal, kita usahakan untuk perbaiki, baki yang diluar kemampuan kita, kita serah pada Allah.

Orang yang ada konsep muhasabah, muraqabah dan tawakkal akan sentiasa positif di dalam hidupnya. Dia akan sentiasa tenang walaupun musibah itu ibarat bukit yang menghempapnya. Sesungghunya, semua manusia akan diuji dengan musibah, yang membezakan orang beriman atau tidak ialah di hujung ujian.

Jika di hujung ujian dia tetap tidak putus asa, tetap berusaha, tetap tenang, tetap berjuang maka dia adalah pemenang di dalam ujian tersebut.     


p/s:Apa yang cik NATRAH cuba nak huraikan dan nak buat kesimpulan kat sini adalah apa pun yang menimpa dalam hidup kita adalah ujian.Bila kita gembira,sedih,susah,senang dan dalam situasi apa pun ALLAH ingin melihat adakah kita sentiasa meletakkan ALLAH dalam Hati Kita.Allah datangkan ujian itu bukan menzalimi atau sengaja nak bg ujian tu untuk susahkan kita tetapi ALLAH ingin mendidik kita agar kita sentiasa menyedari kelemahan kita,sentiasa muhasabah dan sentiasa mensyukuri apa sahaja yang ALLAH berikan sekaligus dengan ujian yang ALLAH datangkan itu adalah untuk kebaikkan kita.Memang pada pandangan zahir sesetengah ujian itu amat buruk buat kita tetapi bila direnung,dan cari apa hikmah yang terselindung baru kita sedar bahawa apa yg terjadi ada hikmahnya yang tersendiri.Ujian itu juga bisa mendekatkan diri dengan ALLAH.Allah ingin kita sentiasa mendekatkan diri dengan DIA yang MAHA ESA.Allah hdirkan ujian itu untuk mendengar segala rintihan dan munajat kita.mungkin sebelum ni kita terlupa nak doa padaNYA.Setelah ALLAH datangkan ujian itu barulah sibuk2 nak doa.Ingat ! Allah tak perlukan kita,kita hambanNYA yg wajib mengingatiNYA sepanjang masa.ALLAH Sayang sangat pada Kita semua.BaNyak dosa yang kita lakukan tetapi PINTU TAUBAT sentiasa terbuka bagi hambanya2 yg ingin kembali ke pangkalan jalan.Kekadang ujian yang ALLAH berikan itu merupakan kafarah dosa2 kita seperti cth kita Jatuh sakit.



Dari Abu Said Al-Khudri dan dari Abu Hurairah radhiallahu anhuma dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda:
مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلَا وَصَبٍ وَلَا هَمٍّ وَلَا حُزْنٍ وَلَا أَذًى وَلَا غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا إِلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ “
Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu kelelahan, atau penyakit, atau kekhuatiran, atau kesedihan, atau gangguan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya (Dosa) kerananya.” (HR. Al-Bukhari no. 5642 dan Muslim no. 2573)
Kalau nak di hitung nikmat ALLAH memang tak terhitung,ana pun tidak mau berbicara panjang sebab ana pun bukannya pandai sangat nak bagi kata motivasi ni.Pengalaman di jadikan pengajaran.Pengalaman itu juga pastinya dalam bentuk ujian ALLAH.Dan yang pastinya segalanya yang terjadi bisa mematangkan kita.Apa pun berbaik sangkalah dengan ALLAH.Allah maha pengasih Maha penyayang.ALLAH MAHA BERKUASA MAKHLUK TIADA KUASA APA-APA PUN.ALLAH YANG BERI MANFAAT,ALLAH JUGALAH YANG BERI MUDHARAT.Masukkan HAKIKAT IMAN juga dalam HATI.Segala yang terjadi denga IZIN ALLAH.KUNFAYAKUN.JADI MAKA JADILAH.JADI,Jgn di tanya kenapa ALLAH beri aku UJIAN itu dan ini?...sebab semuanya dalam pengetahuanya dan dia maha mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambanNYA.Wallahualam.......:)
Tambah kapsyen
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terima Kasih Sudi Baca,Semoga Bermanfaat ! :)