Anda Pengunjung ke

SEDEKAH

بسم الله الرحمن الرحيم

Perkongsian dari Ustaz Ebit Lew di fb nya.

Seorang sahabat fb. Anaknya sakit yang amat merisaukan. Dia kata, Allah ingatkan dia dengan sebuah kisah di fb ini yang pernah saya cerita...
Dia cepat-cepat minta suaminya beri sedikit duit kepada ibubapanya yang tinggal dekat dengannya..
Allah beri anaknya sihat segera..Dia bersyukur pada Allah..dia syukur dapat melihat bantuan ghaib Allah..pasti ada kebaikan di sebalik sesuatu..kita berusaha bawa ke hospital dalam masa yang sama kita segerakan segala kebaikan. Dan hati kita bergantung pada Allah.
Dalam hadis menceritakan betapa utamanya segerakan zakat dan sedekah. Sedekah kepada keluarga dan saudara mara diberikan Allah pahala yang besar.
Sedekah pada saudara mara dan ahli keluarga membuat hati keluarga rasa kasih sayang. Merapatkan silaturrahim. Seronok bila dapat memberi sesuatu kepada ibubapa, isteri dan keluarga kerana Allah..
Mencari segera perintah Allah dalam keadaan senang dan susah ialah kenikmatan mengatasi segalanya...itulah bahagia sebenarnya...dunia boleh berubah. Musibah akan menimpa. Pujian dan kejian datang. Dimuliakan dan dihinakan dalam hidup. Kekayaan dan kemiskinan. Kesihatan dan kesakitan. Tapi orang yang mengenal Allah ialah mereka yang menjadikan semua ini sebab semakin hampir pada Allah.
Kata Anas b Nadr ra ketika di uhud dan musuh datang. Aku terbau syurga dari jabal Uhud dari musuh yang datang. Sahabat yang ditombak semasa ingin membacakan surat Nabi saw di depannya. Dia ditombak. Tapi katanya "sesungguhnya aku telah berjaya"-  credit toUstaz Ebit Lew

SOLAT KUNCI SYURGA



بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum .
Lama sudah tak update blog sy ni.Tetiba hati ni terdetik nak share apa yg di sampaikan oleh ustaz Ebit Lew. Jom sama2 kita baca dan berazam untuk amal kemudian sampaikan kpd org lain  .InsyaALLAH :)


Semasa ziarah terjumpa dengan seorang abang ni semasa berjalan tadi gaji rm10 sehari. Sebulan rm300-rm500 campur elaun. Menjaga isteri dan anak 2 orang..
Dia kata hidupnya sempit. Cuma mampu beli beras...
Saya amat kasihan padanya. Saya bantu mana yang termampu. Kemudian saya beri beberapa nasihat..
Dia terharu dengan bantuan itu. Dia benar-benar mengucap syukur. Ramai orang yang benar-benar susah..ya Allah maafkan kami. Maafkanlah kami ya Allah.
Abang tahu tak Allah sayangkan abang? tanya saya.
Allah sayang sangat pada abang dan dia berikan abang Islam. Dalam Hadis ceritakan siapa jaga solat, Allah jaga mereka.
Tapi saya sibuk abang. Saya tak sempat solat..Hidup ini, duit paling penting. Solat tidak boleh beri duit..
Jawab saya, Allah suka orang yang rajin dan kuat bekerja macam abang. Tak putus asa. Ini semua kebaikan yang besar yang Allah suka..
Allah janji orang jaga solat Allah akan sempurnakan rezeki buat mereka.
Abang kuat kerja dalam masa yang sama jaga solat 5 waktu. Solat tanda hamba. Abang nak syurga tertinggi tak? Abang jaga solat. Dunia ini susah bagaimanapun akan datang kematian habislah dunia ini. Akhirat tiada penamat lagi. Tiada penghujung. Bahagia sebenar di sana. Derita sebenar di sana..selama-lamanya.
Cuba abang beri kedua belah tangan abang ke sini. Sekarang abang genggam tangan kanan. Tutup sebelah mata..nampak apa-apa tak?
Begitulah kita genggam dan besarkan dunia sehingga kita terlupa kehidupan akhirat. Bahagia selamanya dalam syurga. Sedih selamanya dalam neraka..
Saya saksikan ribuan orang depan mata saya. Orang jaga solat, Allah jaga dan beri mereka hadiah yang mereka tak pernah sangka. Betulkan solat, rukuk, sujud, khusuk kehidupan mereka berubah. Keberkatan dan kebaikan datang dalam hidup mereka. Mereka mungkin kurang duit dan miskin di mata manusia. Tapi Allah beri bahagia. ALLAH beri gembira. Allah beri segalanya. Mereka lebih kaya dari jutawan. Kadang-kadang lebih dari segalanya..itulah kekayaan hati. Mengenal tuhan. Ini bukan mimpi tapi inilah sebenarnya. Inilah segalanya.
Saya ada beberapa kawan yang susah. Sehingga hari ini mereka tidak pernah berharap atau meminta pada sesiapa. Keluarga mereka sangat tenang dan bahagia.
Abang tadi ucap terima kasih. Katanya sekarang dia akan mula solat. Sekarang solat apa tanyanya..saya terangkan solat asar.
Solat kunci syurga. Solat sebab Allah sayang kita. Solat tiang agama.Allah gembira itulah segalanya -  credit to Ustaz ebit lew






بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum .Saya selaku pemilik blog ini dan owner Thahirah Hijab's Shop   .

Alhamdulillah,produk terbaru keluaran dari Thahirah Hijab's Shop.  Cantikkan  :)
Anda Berminat untuk dapatkan ? .Ada 8 pilihan warna yg comel2. Hehe  :D

Handsock Lace Amani

Kod 1 : electric purple +lace putih
Kod 2 : hot pink + lace hitam
Kod 3 :soft purple + lace pink
Kod 4 : soft blue + lace putih
kod 5 : hitam + lace pink
Kod 6 :mustard + lace hitam
Kod 7 : emerald + lace hitam
Kod 8 : maroon + lace putih
RM 10 exclude postage 

Kos penghantaran : RM 6 /SEMENANJUNG  |  RM 9 /SABAH|SARAWAK
Material : Jersy
Lace yang berkualiti.
Berminat boleh terus  sms/whatsapp/wechat 017 -2031459 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terima Kasih Sudi Baca,Semoga Bermanfaat ! :)